Webinar Pengkarya Muda dan Penerbitan Buku

Webinar Pengkarya Muda dan Penerbitan Buku akan diadakan secara dalam talian di bawah anjuran Unit Sumber Pendidikan & Teknologi Pendidikan (USTP) PPD Manjung, Perak pada 14 Januari 2020 (Khamis) jam 3.00 petang. Webinar percuma tersebut akan diadakan melalui platform Youtube dan FB Live.

Sesi wacana tersebut akan menampilkan panel jemputan antaranya Encik Rozlan Mohamed Noor, Timbalan Presiden, Persatuan Editor Malaysia (PEM), Encik Tajaurol Hamali, Penolong Pengarah SSTP JPN Perak dan Puan Junainah Abdul Jalel yang merupakan Ikon Guru Perpustakaan dan Media Negeri Perak 2020.

Wacana santai ini akan membincangkan antara lain berkenaan prinsip dan amalan dalam penerbitan untuk penulis, ruang dan peluang bagi pengkarya muda untuk mengetengahkan bakat, juga perkongsian pengalaman Guru Perpustakaan dan Media yang menerbitkan buku bersama-sama murid-muridnya.

Penganjur sesi webinar terbuka ini menjemput semua terutamanya bakat muda penulis-penulis tempatan (pelajar sekolah menengah dan rendah) untuk menimba pengetahuan dan mendengar pengalaman daripada panel yang berwibawa. Ukuti ‘live’ laman FB  ‘USTP PPD Manjung’  dan juga di Youtube (LINK).

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email