Ulas Buku Dapat RM100

Anjung Karyawan Lekir (AKLI) hari ini mengumumkan berkolaboratif dengan portal berita CelikHuruf untuk mengendalikan penganjuran ulas buku secara dalam talian. 

Menurut Ketua AKLI, Mamu MK Hasni, penganjuran ini bermula serta merta dan akan berakhir sehingga hujung tahun ini. Setiap bulan mulai Januari tahun ini AKLI akan memilih ulasan buku terbaik untuk diberikan hadiah oleh penaja. 

“Ulasan terbaik akan menerima RM100 tunai daripada penganjur dan penaja. Semua ulasan buku yang tersiar di laman portal CelikHuruf akan dinilai,” kata beliau.

Mana-mana peserta yang ingin turut serta boleh lah menghubungi sekretariat secepat mungkin. Hantarkan karya ulasan buku ke alamat e-mel berikut :hasnibinhassim@gmail.com 

Antara syarat ulasan buku ialah, setiap ulasan ditulis ringkas antara 500 – 1000 patah perkataan. Peserta hendaklah menyatakan judul buku, penulis, penerbit, juga boleh dianjurkan untuk kaedah mendapatkan buku tersebut. 

Kategori dan genre buku tidak terhad, bebas dan boleh mengulas apa sahaja buku, katanya.

Menurut Mamu lagi, ulasan buku terkumpul berpotensi untuk dibukukan pada hujung tahun nanti. 

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Mamu MK Hasni. 

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email