#TerbitBuku : Berbaloi kah?

Dipetik dan disesuaikan daripada akaun FaceBook Encik Hasri Hasan.

Publishers’ Weekly (PW) merupakan majalah mingguan untuk dunia perbukuan yang berpengaruh dan berpengkalan di New York, merupakan antara lidah perbukuan yang popular diikuti oleh warga penerbitan sedunia selain daripada majalah The Booksellers UK.PW terbit sejak 1872 tanpa henti dengan tagline, “The International News Magazine of Book Publishing and Bookselling”. 51 edisi setahun.

Dalam keluaran minggu lepas, PW telah menganugerahkan anugerah tahunan PW 2020 sepertimana Times menganugerahkan Person of The Year setiap tahun. Pada tahun 2020, anugerah 2020 PW bukan jatuh kepada CEO syarikat penerbitan, agen mega atau penulis megabestseller tetapi anugerah khas tahun 2020 diberi kepada semua pekerja yang terlibat dalam industri perbukuan iaitu daripada penulis baru 2020, editor, pereka, publicist, penjual buku, penjaga gudang buku sehinggalah kepada pustakawan dan pekedai buku.

Bagi saya anugerah ini tepat masanya kerana tanpa ekosistem ini, buku yang ditulis tidak akan sampai ke tangan pembaca dengan sempurna, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik yang mencabar. Sehingga hari ini, masih ada rakan dunia perbukuan yang masih harus Kerja Dari Rumah, ada kedai buku yang masih belum dibenarkan buka namun buku tetap sampai ke tangan pembaca.

Bagi menghargai pekerja, abang-abang besar penerbit New York seperti Macmillan mengumumkan gaji minimum stafnya kepada USD42,000 (RM176,400) setahun kemudian Beacon Press pula meletaknya pada tahap USD44,600 setahun bagi gaji minimum pekerja di bidang penerbitan. Simon & Schuster meletaknya kepada USD40,000 dan Penguin Random House berjanji ia akan dijadikan USD45,000 bermula Januari nanti. Hachette dijangka mengumumkannya Januari atau Februari nanti.

Di Malaysia, adakah pernah dilakukan kajian gaji minimum pekerja penerbitan? Ia sebahagian daripada ekonomi perbukuan. Seperkara lagi, sudah tiba masanya juga sebuah anugerah industri sebagai pengiktirafan dan meningkatkan standard kepada pengamal penerbitan juga seperti mana industri muzik dan perfileman yang beri anugerah kepada jurugambar, penulis lirik atau skrip dan pereka terbaik.

Anugerah ini nanti haruslah ada kategori Editor terbaik, perekabentuk terbaik, penjual buku atau anugerah wirama tokoh perbukuan. Ia perlu diadakan secara rasmi agar tidak ada pihak yang dipersoalkan untuk ambil alih dan menggunakannya atas kepentingan diri.

22 thoughts on “#TerbitBuku : Berbaloi kah?

  1. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email