Tanam Amalan Melabur Sejak Kecil ; Penulis Buku Labur Beri Tip.

Tip ini dikongsikan oleh penulis buku ‘Labur untuk Laba’, Tuan Mohd Al Adzha Johar

Bagaimana anak anak bumiputera boleh jadi kaya dalam bidang pelaburan saham? Apabila kita mendidik anak-anak, pasti anak-anak ada memiliki idaman untuk menjadi apa yang disukai.

Saya kongsikan tip bagaimana anak anak kita dari bumiputera boleh menjadi kaya hanya dengan menjadi dealer/remiiser yang fokus dalam kerja di bidang saham.

(Tip yang saya dapat dari pemerhatian,untuk dikongsi kepada semua)

Nama seperti Warren Buffett,Charles Shcwab,Jeff Bezos adalah mereka yang bermula dengan minat membaca dan kemudian memasuki dalam bidang saham dan seterusnya memiliki empayar perniagaan yang kuat. Misalnya Charles Schwab dan Warren Buffett, mereka berkata jika mereka tidak menjadi pengurus dana,pasti mereka akan menjadi ‘journalist’ atau penulis wartawan. Sama juga Jeff Bezos , ketika di firma saham bernama D.E SHAW dan merupakan seorang dealer saham bertaraf ‘senior’ paling muda di dalam firma tersebut.demikian Jeff memiliki skim bonus pekerjaan yang paling lumayan pada masa itu dan beliau boleh berada dalam hidup yang selesa, akan tetapi jiwa beliau merasa ada yang tidak kena dan atas pada itu beliau nekad berhentidan memulakan perniagaan dari garaj kereta sehingga menjadi empayar perniagaan yang bernama AMAZON.

Baik dalam membentuk minda bangsa pelabur, ibu bapa harus ada wawasan dalam membentuk pola pembelajaran anak anak.anak anak umpama pokok yang perlu dibaja dan dibentuk dari sahsiah supaya ada jatidiri ‘merdeka’ untuk membantu mereka yang memerlukan pada masa akan datang.demikian sepanjang menjaga asset klien yang melabur saham dan melatih mereka yang ingin menjadi remisier inisaya mencadangkan bahawa manusia boleh menjadi kaya raya asakan mendapat dua perkara yang betul iaitu;

  1. Nasihat yang betul

2. Berada di tempat yang betul dengan sikap dan ilmu yang betul, insy-Allah destinasi anak anak tersebut akan menjadi yang betul diharap.

Di bawah adalah cadangan dan model bagaimana anak anak tersebut boleh mencapai bebas hutang dengan menjadi penjual saham saham untuk masa hadapan.

1. Sekolah Rendah (7 hingga 12 tahun) tanamkan minat membaca sejarah ,Sains dan pendidikan Islam/Akhlak. Ini ilmu asas komunikasi untuk bergaul dan memupuk jati diri ana- anak. Sebagai ibu bapa ”kita adalah apa yang kita bentukkan.” Pada masa ini disiplin anak anak perlu dipupuk dan penuhkan jiwa mereka dengan kepandaian rohani dan jasmani. Masa ini ibu bapa perlu menjadi ‘pengawas disiplin’ yang kuat. Banyakkan memantau prestasi anak-anak baik dari segi perkembangan pergaulan dan pembelajaran, dan jangan lupa asas solat dan membaca al-Quran perlu kuat.

2.Sekolah menengah(13 Tahun-17 Tahun) Sekolah Menengah Terbaik Di Malaysia Berdasar Kecemerlangan SPM. Pada masa ini,anak-anak sudah hampir separa dewasa,mereka ada pandangan yang mana tidak sama dengan ibubapapasti ada perbezaan tetapi jangan biarkan terlampau beza,akhlak dan budaya adalah persamaan yang baik antara ibu dan anak. Pada masa ini minatkan subjek perdagangan,sains,matematik dan bahasa Inggeris pada anak anakyang ada berduit sedikit hantar kelas belajar bahasa ketiga dan ke empat misalnya belajar bahasa Arab dan bahasa Mandarin.

Dengan belajar bahasa,anak anak akan menjadi insan yang wibawa dan yakin.

3. Buat degree dalam Accounting/investment manegement dan tidak tak perlu buat MBA! Disebabkan sudah ada asas kukuh disekolah menengah,terapkan terus untuk ijazah dalam bidang perakaunan(Accounting) atau pelaburan pengurusan. Masa ini jangan buang masa dan kalau boleh minta anak anak tersebut ‘skor’ dalam setiap ‘paper’ yang di ambil.ibu bapa pada masa ini banyakkan berdoa dan memberi nasihat.Beri nasihat sebagai seorang ‘coach’ yang katakan bahawa‘perjalaanan awak masih jauh,masih banyak ruang untuk dibaiki lagi,pilih kawan dan mentor yang betul”sebab apa yang kita buat dan pilih tidak akan kembali lagi dan masa yang kita buat adalah masa yang Tuhan bagi’dan berbalik pada persoalan mengapa tidak perlu buat MBA ialah anda akan menjadi dealer saham yang hebat, MBA hanya passport untuk menjadikan apa pengurusan anda lebih telus.Tetapai ianya bukan paksaan dan kemestian.penuhkan masa anda mendapat pekerjaaan dealer saham yang pertama.

Foto penulis bersama Imam Muda Hizbur Rahman.

Di Malaysia,degree sudah mencukupi mendapat tempat sebagai Dealer dan ada yang tersilap langkah dengan menyambung MBA dengan harapan ada pekerjaan walhal tidak jaminan sebenarnya. Masa sudah terbuang dan yang sadisnya ada usia sudah meningkat! Pernahkah anda mendengar penghantar ‘Food panda’ memiliki PHD?

4.Sudah mendapat ijazah mesti masuk kerja sebagai dealer saham di bank pelaburan dan dapat ‘job’ berorientasikan ‘client services’(kalau duduk di bank tapi tak kerja bidang di atas, kalau boleh elakkan, anda membuang masa) ada calon yang mendapat pekerjaan di bank pelaburan teapi bukan berkaitan dengan pelanggan.

Mengapa penting duduk di bank dan ada kaitan langsung dengan klien? Jawapannya ialah anda boleh ‘akses’ klien secara langsung dengan klien dan klien kenal anda sifat dan kepandaian anda.Bayangkan anda berada di bank pelaburan dan bertugas di bahagian sokongan misalnya IT, pusat operasi dan berkaitan sebenarnya tempat tersebut adalah ‘stress’ sebabnya anda tidak dapat ‘freedom’ yang lebih berbanding golongan pekerjaan yang memiliki klien.Nak bercuti terpaksa mohon pada ‘boss’ yang emosi. Dalam hal ini ‘politik pejabat’ berlaku dengan jelas didepan mata.Demikian kalau sudah berada diline ‘pelanggan’ dealer tersebut perlu mahirkan ilmu dibawahPihak bank tidak ajar secara rasmi tetapi disebabkan anda berada di tempat yang betul, pasti ilmu akan dikongsikan. Ketika ini mahirkan ilmu pelaburan saham) gaya Pasif-Corp Excercise (Right issues,bonus issue,special dividen,share split)-IPO-saham global(AS,UK,)-Private Placementb)Gaya Aktif-Trading (Intraday) dan pada masa yang sama aktif mengumpul contact high networth client dari 4 golongan

i. Professional(Dr,pilot dan lain lain)

ii. Rich(harta Rm 1 juta-RM50 Juta)

iii. Super Rich (harta RM 50juta-500juta)

iv. Ultra Rich(Harta RM 1 Billion) dah ada klien level RM 1 Biliion biasanya klien akan ajak jadi partner dalam bisnes dia, masa ni bukan lagi Remisier level intaday, scalpers atau Contra, semua tu dah level ‘kayangan’ yang bertauliah. Contoh klien Wilmar bhd (Robert Kuok) mengajak remisier dia (Peter Lim eng Hock )untuk jaga asset dia di KL dan Singapore. Peter Lim Eng adalah berasal dari pembacuh kopi sambilan dan beliau bekas Remisier di Singapura, memiliki asset berjumlah SGD 2 Billion.

Okey, itu sahaja perkongsian bagaimana nak jadikan seorang Bumiputra kaya dengan saham. Tak perlu meniaga tapi mahir ilmu pelaburan. Ada pepatah menyebut ‘tak pandai meniaga kalau pandai melabur akan pandailah meniaga ‘ tak percaya cubalah masuk bidang ini insya-Allah anda akan tahu semua

wallahu alam

“If you fail to plan,then you plan to fail”-ni kata kata guru sains sekolah Menengah saya ketika di Ma’had Al Ummah iaitu cikgu Raja Anuar Raja Adenan

Catatan bermanfaat ini boleh diikuti di laman Facebook penulis buku terebut : Mohd Al Adzha Johar

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email