Siapa Peduli Sastera Tulisan Jawi?

Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri genre cerpen dalam tulisan jawi ini dihasilkan oleh Rosman Md Shah (secara swaterbit) dengan kerangka untuk meletakkan kembali tulisan jawi ke persada tertinggi.

Menghimpunkan 15 buah cerpen pelbagai tema yang pastinya menjentik naluri dan pemikiran anda tentang hidup dan kehidupan, perjuangan dan jati diri. Terokailah sisi fikir dan falsafah pemikiran yang baharu dan jitu. Garapan yang menguji nyali anda untuk menggali maknawi, membaca ‘tanda’ sambil mengenang dosa yang telah bercapuk.

Temui sosok Tun Sri Lanang bertemu muka dengan Krusentern – panglima perang yang tidak pernah menjejaki bumi Melayu.

Untuk pratempahan SILA KLIK LINK INI.

Masih ingatkan anda dengan Pak Kaduk? Dia kini kembali bukan lagi untuk mendengar sorak-sorai atau melihat Si Biring Kunani berlawan taji tetapi membawa bersama-sama sekeping kertas dengan dakwat merah.

Anda seorang pencinta yang meletakkan kekaguman cinta kepada Romeo kepada Juliet? Ketahuilah bahawa Romeo itu seorang pembunuh! Pejamkan mata anda dan nikmati tafsirnya mengalir ke ubun-ubun sehingga ke kelopak jantung usai membaca kisah ini.

Teknik penulisan bervariasi. Sesuai untuk bacaan umum.

Memiliki dan membaca naskhah Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri, bermakna anda telah menyokong usaha untuk memartabatkan kembali tulisan jawi sebagai khazanah warisan bangsa. Jika bukan kita, siapa lagi yang harus mempertahankannya?

Kumpulan cerpen ini disokong usaha penerbitannya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, PENJANA dan MyCreative.

Judul: Kumpulan Cerpen Etos Anak Negeri (tulisan jawi)
Penulis: Rosman Md Shah
ISBN: 9789671697474
Bil muka surat: 214

Promosi pra tempahan (2 April -30 April) :
RM35 (cetakan kulit lembut)
RM50 (cetakan kulit keras/Edisi Terhad)
(bayaran pos percuma ke seluruh Malaysia)
*Buku akan dipos pada 6 Mei 2021

Diurus terbit oleh: Metromedia Solutions
Pereka kulit buku: Naza Hamed
Pengatur huruf: Golden Ansar Enterprise
Editor Perunding: Ratna Laila Shahidin
Muzik latar video:
Kumpulan Dersana, Sulawesi Tenggara
Lagu: Gula-gula Amanah (Album Dua Ranah, Dersana)
Lirik puisi: Rosman Md Shah

Untuk pratempahan SILA KLIK LINK INI.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email