SAYEMBARA PENULISAN KLWBC 2020

Berikut ialah PEMAKLUMAN KEPUTUSAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SAYEMBARA PENULISAN KLWBC 2020;

  1. Dengan hormatnya PENA selaku urus setia Sayembara Penulisan Puisi dan Novel KLWBC 2020 memaklumkan PENA telah melaksanakan dan mempromosikan program Sayembara Penulisan KLWBC 2020 bersempena dengan Kuala Lumpur Sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 atau atau Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penulis Malaysia.
  2. Dimaklumkan bahawa PENA telah menerima 293 manuskrip kumpulan puisi dan 194 buah manuskrip novel oleh urus setia pada tarikh tutup 31 Julai 2020 untuk dinilai.
  3. Seterusnya, PENA telah melantik panel yang berwibawa untuk membuat penilaian dan keputusan pemenang serta laporan penilaian untuk kategori Kumpulan Puisi dan Novel dalam sayembara tersebut.
  4. Sehubungan itu, keputusan penilaian telah diperolehi oleh urus setia Sayembara KLWBC 2020 beserta dengan senarai keputusan pemenang dan laporan penilaian.
  5. Selaku urus setia, PENA telah menghantar senarai keputusan pemenang dan laporan penilaian kepada pihak Urus Setia KLWBC 2020 untuk Pengumuman dan Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara KLWBC 2020.
  6. Diharapkan dengan pemakluman ini, dapat memperjelas status terkini keputusan sayembara tersebut. Perhatian dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Salam hormat,

Urus Setia Sayembara Penulisan KLWBC 2020 PERSATUAN PENULISAN NASIONAL MALAYSIA (PENA)

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email