Membaca novel ini membuatkan saya cuba untuk menyelami dan mengenali apa itu ‘psychopath’.
Selama ini sebarang perlakuan aneh selalu dikaitkan dengan tekanan mental atau lebih mudah lagi, sakit jiwa. Namun rupanya ada situasi lebih teruk lagi daripada itu. Ini yang cuba diketengahkan oleh penulis yang mana dalam novel ini dipaparkan babak-babak pembunuhan kejam yang tidak mampu diterima dek akal.
Pembunuh yang bergelar psychopath ini mampu menyembunyikan identiti dengan perwatakan yang jauh berbeza daripada watak sebenarnya. Pembunuhan demi pembunuhan dilakukan seperti satu ketagihan yang tak mampu dibendung.
Psychopath meraikan setiap kesakitan mangsanya. Bau darah merupakan satu kenikmatan padanya. Lebih tragis lagi apabila satu ‘trofi’ diambil dari setiap satu mangsa.
Satu persatu kisah mangsa cuba dikaitkan untuk merungkai semua pembunuhan misteri tersebut hingga membawa kepada pelaku sebenar. Kejayaan membongkar identiti psychopath tersebut juga telah membawa kepada bukti semua pembunuhan kejam yang pernah berlaku.
Satu nyawa, satu ‘trofi’… Lambang kejayaan si psychopath. Demikian serba sedikit berkenaan novel ‘Psychopath’. Selamat menikmati debaran demi debaran.
Ulasan buku ini dikirim oleh DZILLA ISHAK. Ulasan yang tersiar ini layak untuk dinilai bagi memenangi hadiah bulanan ulasan buku terbaik #CELIKHURUF bernilai RM100 sumbangan penaja.
Untuk menghantar ulasan buku, sila e-melkan kepada Ketua Satu AKLI, Sdr. Mamu Mk Hasni di alamat e-mel : hasnibinhassim@gmail.com