PENERBIT khususnya, harus merespon dengan apa jua perubahan trend ekonomi dan sekali gus berubah untuk mendepani cabaran industri buku semasa. Demikian antara saranan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Tuan Arief Hakim Sani dalam acara ‘Cakap Apa Sahaja’ yang disiarkan langsung di media sosial FB semalam.

Beliau turut mengupas berkenaan cabaran semasa berkenaan industri buku negara, menurut beliau trend perubahan ekonomi dan juga trend pembacaan mengubah landskap perniagaan buku.
“… buku sebenarnya adalah produk konsumer, jualan buku sangat bergantung kepada disposable income (khususnya buku umum), manakala buku akademik pula bergantung pada polisi pihak kerajaan khususnya kementerian Pendidikan. Industri buku banyak bergantung juga pada sifat ekonomi, ia bergantun kepada situasi ekonomi semasa. misalnya pada 2010-2014 baucer buku diperkenal, jualan buku meningkat.” kata beliau.
Menurut Arief lagi sektor buku akademik naik merancak sewaktu 10-20 tahun yang lalu apabila pendidikan menekankan orientasi peperiksaan. “Tiada peperiksaan maka jualan buku akan jatuh. Kita lihat kes terbaharu apabila diumumkan UPSR dan PT3 ditiadakan, buku akademik jatuh.

“Dan ini merupakan faktor luar kawalan kita, tiada soft landing, terus dibatalkan, jadi sebelah penerbitan tidak sempat merespon apa apa, buku-buku rujukan untuk UPSR dan PT3 ada yang sudah dicetak, ada yang sudah diedarkan.
Ini merupakan faktor luar kawalan. Kita ambil contoh faktor covid faktor tak boleh kawal apabila PKP jualan retail akan jatuh tetapi jualan online naik.
Apa yang penting ialah industri buku kena sentiasa merespon, kita dah tunjuk tahun lepas apabila PBKAL dibatalkan kita ambil inisiatif untuk buat pesta buku online,
Sebagai rumusan kepada persoalan tersebut beliau menyatakan bahawa pokoknya kita kena merespon. Ekonomi luar daripada apa yang boleh kita kawal yang boleh kita kawal ddari sebelah dalam ialah kita kena beubah. Misalnya melihat kepada trend pembacaan yag berubah, kandungan yang bagus tetap boleh jual dengan bagus, kita lihat misalnya jumlah pinjaman e-book naik melambung semasa covid melanda, trend pembacaan terus beruba, jadi apa yang penting industri kena turut berubah.”
Sesi Cakap Apa Sahaja (CAS) adalah sesi sembang seputar dunia perbukuan negara yang bersiaran setiap isnin pada jam 9 malam di saluran FB. Sesi ini dikendalikan oleh Sdr. Mohamad Nasser Mohammad, dan juga Rozlan Mohamed Noor.