PBT Perlu Jaga Bahasa

Keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk terus melaksanakan peraturan papan tanda bertulisan Jawi  di kesemua premis-premis perniagaan di negeri ini bermula 1 Januari 2020 disambut baik oleh orang ramai.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha ini bagi memastikan tulisan Jawi terus kekal di kalangan anak-anak Pahang tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. 

Pun begitu, kerajaan negeri perlu memberi perhatian terhadap penggunaan Bahasa Melayu di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah-daerah, terutama apabila ia dipaparkan kepada khalayak umum.

Penggunaan bahasa ‘rojak’ perlu dielakkan oleh PBT.

Ada PBT yang bertindak tegas mewajibkan penganjur dan pengiklan yang ingin mempamerkan iklan mereka supaya menyemak bahasa di iklan masing-masing. Sekiranya ada kesilapan bahasa atau ejaan, atau tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, permit tidak akan diberikan sehingga iklan tersebut dibaiki semula.

Namun sikap sambil lewa sesetengah PBT dalam memartabatkan bahasa amat mengecewakan apabila mereka sendiri melakukan kesilapan yang agak ketara ‘membunuh’ bahasa. Adakah mereka fikir menggunakan bahasa dengan bunyi ‘Inggeris’ akan mengangkat agenda yang ingin mereka laksanakan?

PBT sepatutnya bertindak menjaga bahasa supaya ia digunakan dengan betul di kalangan rakyat. Jika PBT sendiri tidak berupaya memberi contoh yang baik, bagaimana ia hendak menjadi ikutan?

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email