PATRIOT SEJATI

Al-Fatihah … satu kejutan, satu kehilangan besar kepada kita semua. Sahabat penulis kita telah pergi mengadap Ilahi pada malam tadi. Beliau ialah Sdr. Azlee Shah Abas. Beliau merupakan salah seorang pakar dalam perubatan (pembedahan jantung) sebagai Perfusionist.

Kira-kira sebulan yang lalu beliau baru sahaja menyiapkan (menerbitkan) karyanya sebuah novel berjudul ‘Patriot Sejati’. Novel tersebut bukanlah novel pertama sebaliknya karya beliau kedua selepas yang pertama ‘Paracut di Ambang Rindu’ diterbitkan oleh Tintarona Publications Sdn Bhd pada tahun 2004.

Sama-sama kita doakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sebagai sokongan dan dokongan pihak CELIKHURUF menyeru para pembaca untuk mendapatkan buku novel terbaharu beliau di laman e-dagang METROMEDIA, hasil keuntungan jualan tersebut akan terus disalurkan kepada waris (isteri dan anak-anak allahyarham).

Layari METSHOPEE.COM untuk buku Allahyarham.

#ALFATIHAH …

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email