NST Bungkus, Tiada Lagi Surat Khabar.

Akhbar New Sabah Times ‘bungkus’ selepas lebih enam dekad bertapak sebagai akhbar paling tua di negeri Sabah. Semalam (31 Disember 2020) dikatakan hari terakhir cetakannya.

Puncanya dikatakan kurang jualan juga kurangnya pendapatan daripada iklan.

Menurut New Sabah Times, akhbar itu sepatutnya menutup operasi lebih awal iaitu pada 20 Disember lalu, namun syarikat berkenaan memutuskan untuk menyelesaikan baki percetakan sebelum menutup rasmi hari ini.

Editor Bahasa Melayu akhbar itu, Amin Muin memaklumkan kakitangan akhbar akan ditawarkan bayaran tiga bulan gaji tanpa sebarang pampasan susulan pemberhentian operasi.

Pandangan umum daripada rata-rata pekerja media tersebut menyatakan, pemasalahan ini adalah masalah global yang dihadapi oleh banyak akhbar tempatan dan seluruh dunia. Media sosial dikatakan ‘wabak’ yang menyerang semua akhbar cetak di seluruh dunia.

Akhbar itu yang diasaskan pada tahun 1949 sebagai Kinabalu Times, sebelum ditukar nama kepada Sabah Times, oleh Tun Muhammad Fuad Stephens yang ketika itu bertugas sebagai salah seorang wartawan dalam North Borneo News, sebuah akhbar mingguan yang berpengkalan di Sandakan sebelum menjadi ketua menteri pertama negeri itu pada tahun 1963 selepas pembentukan Malaysia.

Sabah Times kali pertama ditutup pada 24 Mac 1995 sebelum dihidupkan semula pada 8 Mac 1968 susulan diambil alih oleh syarikat penerbitan Inna Kinabalu Sdn Bhd.

Selepas New Sabah Times, kini hanya dua akhbar berbahasa Inggeris yang masih bertahan di bumi Sabah. Akhbar tersebut ialah Daily Express dan Borneo Post.


Sumbangan rencana/artikel boleh disalurkan kepada celikhuruf@gmail.com , tentu sahaja anda ada cerita dari dalam berita.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email