MUSIM RAMBUTAN DAH TIBA!

Manisnya Rambutan Kampung, Karya Zahari Affandi sudah pasti kita mengenali insan pengkarya yang amat popular dan terkenal dalam dunia penulisan.

          Kreatifnya pengkarya itu mengadun kembali teks awal mereka dalam hiperteks membuktikan bahawa setiap karya sastera akan terus hidup dan dapat dilanjutkan persoalan yang diperdalam gejolak jiwa watak seterusnya demi meninggalkan impak yang besar kepada khalayak pembaca melalui pemakanan samaada dalam bentuk yang konkrit mahupun yang signifikan. Melalui pengaplikasian prinsip teori berkenaan intertekstualiti membuktikan bahawa pengarang berjaya menggembleng dan menggabung serta menyepadukan pelbagai kaedah secara kreaitif dan inovatif bagi menggarap novel sebagai wadah maklumat dan makna baharu dan pada masa yang sama berusaha untuk mengekalkan jati diri pengkarya yang mengangkat kisah ini.

     Bila kita berbicara mengenai karya sudah pasti tidak terlepas dari sinopsis cerita. Sinopsis cerita merupakan gambaran penceritaan yang akan diceritakan dimana terdapat pelbagai unsur nilai mahupun pengajaran yang boleh diambil. Dari karya novel ‘Manisnya Rambutan Kampung’ karya Zahari Affandi mengisarkan tentang seorang wanita yang bernama Mak Engku Tuan Wok, yang mempunyai semangat kental dan gigih dalam mempertahankan warisan tradisi turun-temurun yang diwarisi olehnya. Malangnya anak-anak Mak Engku Tuan Wok ini langsung tidak mengendahkan semangatnya dan sering sahaja mengetapikan tradisi yang telah diamalkan bertahun lama.

Anak-anak Mak Engku amat jarang sekali menziarahi beliau. Disebabkan oleh karana merasa sunyi, Mak Engku Tuan Wok telah mengambil keputusan untuk ambil anak angkat yang yatim piatu iaitu Syafiq dan Iqbal. Segala yang dirasai dan kasih yang dicurahkan kepada mereka hingga menimbulkan rasa cemburu dalam hati anak-anak Mak Engku dan cucunya sendiri. Pelbagai masalah timbul di dalam keluarga kecil Mak Engku dan Tuan Wok.

     Penilaian sesuatu karya itu kita boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti mengenai tema, persoalan, watak perwatakan, plot dan sebagainya. Ianya juga boleh kita jadikan sebagai kekuatan di dalam sesebuah karya yang dihasilkan oleh pengkarya. Bahkan adakalanya kita juga perlu melihat dari pelbagai sudut. Tanpa penilaian tidak mungkin sesuatu karya itu menghasilkan karya yang berkualiti dalam penulisan.

     Kekuatan yang ada pada novel Manisnya Rambutan Kampung, karya Zahari Affandi dengan merujuk kepada tema yang unik di dalam novel berkenaan. Tema merupakan pokok utama dalam sesuatu karya yang dihasilkan. Tanpa tema tidak mungkin sesuatu karya yang dihasilkan akan lebih unik, menarik minat para pembaca. Bahkan juga ia turut memberi kesan terhadapnya iaitu karya dihasilkan akan membosankan ketika membaca.

ZAHARI AFFANDI

Dalam tema karya ini mengisarkan mengenai seorang wanita yang cuba untuk mempertahankan warisan tradisi dari dimusnahkan oleh insan yang tidak bertamadun. Sederhana, menurut Zahari Affandi inilah kekuatan utama sederhana dan apa adanya. Ia tidak suka merumitkan sesuatu keadaan. Hal ini turut memberi impak kepada penulisan yang dihasilkan oleh penulis.

     Justeru, sesebuah karya penulisan kreatif tidak kira cerpen mahupun novel, ianya dibina melalui berasaskan persoalan-persoalan yang akan dipetik daripada rencam kehidupan sesuatu masyarakat dalam alam realiti. Secara kreatifnya, dimana persoalan di dalam karya ini dijalin bersama susunan bahasa yang indan tepat bagi menggambarkan sesuatu dengan lebih jelas. Persoalan serta tema penceritaan relevan dengan masyarakat masa kini akan menjadikan sesebuah karya berkenaan lebih mesra dan turut diterima oleh para pembaca. Persoalan utama menunjangi struktur sesebuah novel itu pada kebiasaannya ada hubungan dengan rasa antara manusia dengan manusia yang lain karena rasa ini akan menjadi titik tolak unsur dalam diri manusia. Emosi secara umumnya dimengertikan sebagai apa yang akan dirasai oleh sesebuah individu berkenaan tatakala ini turut berhadapan dengan sesuatu situasi. Emosi sering kali dikaitkan dengan pengalaman hidup.

     Bukan itu juga, dalam sesebuah penceritaan dimana watak-perwatakan menjadi tulang utama bagi mencantikkan lagi penceritaan berkenaan. Watak merupakan peranan yang akan dimainkan dan dilakonkan supaya cerita yang ingin digambarkan akan lebih menarik lagi sekaligus akan dapat menarik minat para pembaca. Adakalanya para pembaca meminati sesebuah karya itu dimana melihat akan watak yang dimainkan hingga bertepatan dengan jalan cerita yang ingin digambarkan. Contohnya di dalam karya novel ini, watak utama penceritaan difokuskan kepada watak utama iaitu Mak Engku yang merupakan seorang wanita yang kuat dan tabah demi untuk mempertahankan tradisinya.

      Walau bagaimanapun, plot merupakan jalan penceritaan dan penentuan cerita sama ada karya dihasilkan ini adalah menarik mahupun tidak. Dalam karya penulisan tidak kira cerpen mahupun novel, plot amat memainkan peranan penting. Plot penceritaan di dalam karya ini turut memberi pelbagai jenis diantarannya plot permulaan, plot perkembangan, plot perumitan, plot klimaks dan plot peleraian. Plot dan kejutan di dalam karya ini yang mengasyikan, plot yang telah dihadirkan membuat pembaca ingin tahu untuk terus membaca cerita yang selanjutnya. Melalui nilai moral karya ini, kita boleh dapati bahawa mengikut piawaian kehendak nasihat dan pegangan hidup dengan penceritaan yang ingin disampaikan. Para pembaca tidak sama sekali merasai bahawa penceritaan ini membatasi hal-hal yang melanggari dasar sesebuah pengkaryaan. Contohnya seperti karya manisnya rambutan dimana, berlaku dimana berlaku konflik di dalam kekeluarga Mak Engku.

Ulasan buku ini dikirim oleh MUHAMMAD HAMIDEE BIN REDZUAN. Ulasan yang tersiar ini layak untuk dinilai bagi memenangi hadiah bulanan ulasan buku terbaik #CELIKHURUF bernilai RM100 sumbangan penaja.

Untuk menghantar ulasan buku, sila e-melkan kepada Ketua Satu AKLI, Sdr. Mamu Mk Hasni di alamat e-mel : hasnibinhassim@gmail.com

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email