Novel ‘Kepada Adinda Yang Jauh Mata Di Mata’ tulisan Mahizan Husain berkisar kisah putus cinta Ruhi dengan Mulia setelah lima tahun menjalinkan hubungan kasih. Mulia mahu berkahwin.
Calon suami Mulia ialah seorang pengurus bank menjalinkan hubungan dengan Mulia enam bulan lalu. Usianya 40 tahun dan seorang duda- iras mukanya dengan Eman Manan.

Ruhi yang bekerja sebagai operator kilang hanya memiliki SPM dan Mulia pula memiliki Ijazah Sarjana Muda Senibina, UTM dan seorang akitek di sebuah syarikat pemaju.
Penulis telah mewarnakan watak Ruhi yang berjiwa kental dengan keputusan Mulia memutuskan hubungan mereka itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa dan cekal. Penulis ingin menyatakan kekecewaan dalam percintaan bukanlah penghujung kepada sebuah kehidupan. Kehidupan perlu dilihat secara positif.
Mahizan adalah penulis sepenuh masa sejak lebih daripada 10 tahun lalu dan menulis dalam genre cerpen dan novel, Mahizan juga menghasilkan skrip drama TV. Penulis ini sukakan kehidupan yang realis, surealis atau realisma magis. Kerencaman kehidupan ini membantunya mengolahkan genre penulisannya dengan lebih berkesan.
Mahizan sukakan ‘ending’ kepada jalan penceritaan itu bersifat tergantung atau menjadi tanda tanya dan meminta pembaca sendiri membuat tafsirannya tersendiri dengan berdasarkan slogannya bahawa hidup itu sendiri tidak ada jawabannya. Inilah kelainan yang dibawa oleh penulis kepada pembacanya.
Jalan penceritaan novel ‘Kepada Adinda Yang Jauh Mata Di Mata’ penceritaannya yang ‘segar’ dengan bab demi bab sebelum ditemukan semula dengan watak kekasihnya Mulia dalam bab-bab terakhir novel ini.
Ruhi yang menyewa di flat kos rendah, bekerja kilang Amerika di Pulau Pinang mengeluarkan produk cakera keras untuk pasaran luar negara. Di kilang itu, Ruhi telah ditawarkan jawatan Pakar Teknikal Pembuatan setaraf Operator Kilang sahaja. Setelah kilangnya menghadapi masalah pengurangan pekerja, Ruhi telah menerima tawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dari pihak pengurusan kilangnya.
Azrai bin Rahmat bekerja sebagai pemandu lori makanan sejuk beku di Puspa Cafe, mengajak Ruhi bekerja sebagai pelayan di kafe itu. Antara tugas-tugasnya, menghantar bekalan sejuk beku seperti ayam beku halal, fillet ikan dan barang-barang keperluan lain.
Sikapnya yang suka ponteng kerja dan mengambil cuti sakit tidak disukai Puspa pemiliki kafe tersebut. Merasakan sikap Puspa yang suka ‘menekan’nya dan lebih memihak kepada Ramesh pekerja Nepal itu, Ruhi mengambil keputusan berhenti kerja.
Ruhi bekerja di Kedai Buku Terpakai milik Pak Cik Ibtihal dan disitu Ruhi didedahkan berikteraksi dengan pelanggan seperti bersikap ramah, bertanyakan buku-buku yang dicari oleh pelanggan dan merekomendasikan buku-buku yang baik kepada pembaca.
Puspa juga datang ke kedai buku terpakai untuk mencari buku yang yang ditulis oleh penulis Teja dan kedai buku itu juga turut didatangi Ivana Pereira iaitu rakan kepada Puspa.
Ruhi menghubungi Azrai tetapi dijawab oleh Puspa dan memaklumkan Azrai terkena denggi dan berada di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ruhi menutup awal kedai bukunya untuk melawat Azrai di hospital.
Selain menjaga kedai buku, Ruhi juga bekerja di Café Santiago sebagai pelayan dan penyanyi. Ruhi juga mengambil upah sebagai pemotong rumput,tukang cat sambilan dan kerja-kerja pembersihan termasuk merapikan pokok-pokok di laman supaya rumah nampak kemas. Ruhi pun telah mempunyai cukup modal yang mencukupi bercadang memulakan bisnes kafe berkonsepkan kopi dan buku bersama rakannya, Ibtihal.
Disamping tugas-tugasnya itu, Ruhi dan Kamal terlibat dengan Liga Bolasepak Penang dan mendapat ramai penaja bagi menjayakan liga tersebut. Di Café Santiago, Mulia datang berjumpa Ruhi dan memaklumkan dia telah bercerai dengan suaminya dengan alasan Mulia lebih mencintai Ruhi sepenuh hati.
Ruhi menuntut cerai dari suaminya setelah dua bulan berkahwin.Tanggapanya terhadap Ruhi ‘tidak ada masa depan’ setelah berhenti dari kerja kilang skim VSS ‘memakan diri’nya dan menjadi dialah yang menjadikan penyebab hubungan mereka terputus.
Mulia menggunakan Mohar, abangnya memujuk Ruhi menerimanya semula. Ruhi berjumpa Mulia di kafe hipster menolak cinta Mulia terhadapnya. Azrai menutup zaman bujangnya dengan bertunang dengan Zaharah. Ivana menghidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)- virus yang menjadi pembunuh sistem motorik. Penyakit itu masih belum penawarnya.
Buku setebal 312 halaman ini mempunyai 15 bab dan setiap bab jalan penceritaaanya menarik dikembangkan dengan watak-watak baharu yang dipadukan dengan bahasa daerah dan ‘humour’ mendorongkan pembaca tidak jemu untuk meneruskan pembacaan novel ini hingga ke penamat.
Ulasan buku ini dikirim oleh Ismail Hashim. Ulasan yang tersiar ini layak untuk dinilai bagi memenangi hadiah bulanan ulasan buku terbaik #CELIKHURUF bernilai RM100 sumbangan penaja.
Untuk menghantar ulasan buku, sila e-melkan kepada Ketua Satu AKLI, Sdr. Mamu Mk Hasni di alamat e-mel : hasnibinhassim@gmailcom