KEMPEN HARI JAWI : Berkubang di Lopak Sendiri

Ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Dzulkifli Mohamad Al- Bakry, mengumumkan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, banyak pihak menarik nafas lega. Bunga-bunga untuk mengangkat dan memartabatkan tulisan jawi seolah-olah berada pada landasan yang tepat.

                   Sebelum ini, pelbagai polemik dihamburkan bertubi-tubi di peringkat nasional seolah-olah ada ranjau dan tembok yang sukar untuk ‘dipecahkan’. Bermula daripada isu tulisan jawi di papan-papan tanda jalan sehinggalah ke isu pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah-sekolah.  Atas nama toleransi dan masyarakat majmuk, usaha ke arah pemartabannya seperti ditabiri. Bukan sedikit pihak-pihak yang memandang sepele ekoran mata dan jemala dijumudkan oleh nuansa kefahaman politik yang dangkal.         

                  Memetik kata-kata Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP) dalam satu wawancara bersama media selepas pengumuman itu dibuat– pada era Kesultanan Melayu Melaka, sistem tulisan  jawi digunakan dalam semua bidang meliputi bidang keagamaan, diplomatik, ketatanegaraan, undang-undang, sejarah, perubatan dan dalam bidang kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) antara badan bahasa terawal yang menyokong Kempen Hari Jawi ini dilaksanakan.  

                  Namun begitu, kempen yang baik ini kelihatannya agak ‘sejuk’ dan tidak ‘membumi’ seperti yang diharapkan. Setakat artikel ini ditulis, Negeri Pahang agak terkehadapan dalam usaha meletakkan tulisan jawi pada tempatnya. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi pada semua jenis papan tanda jalan dan premis perniagaan. Perkara ini bukan mudah tetapi tidak terlalu mustahil jika kena pada caranya.

                  Berkuatkuasa pada 1 Januari 2020, semua premis perniagaan diwajibkan menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian daripada sistem tulisan pada papan tanda premis masing-masing. Kegagalan berbuat demikian, boleh mengakibatkan mereka dikompaun sehingga RM250. Kerajaan Negeri Pahang menggunapakai Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171) di bawah Seksyen 107(2) sebagai langkah awal bagi tujuan menyemarakkan sistem tulisan jawi.

                  Kempen Hari Jawi tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya semua pihak mengambil sikap bena tidak bena dalam mengambil tanggungjawab bersama-sama. Gerakan harus dibuat secara kolektif.  Namun begitu, adalah tidak adil untuk meletakkan sepenuhnya tanggungjawab ini kepada pihak-pihak tertentu sahaja seperti DBP dan pihak berkuasa negeri. Semua pihak harus turun tangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

                  Apa peranan pemegang taruh dalam dunia kesusasteraan dan penulisan? Dalam konteks dunia perbukuan dan sastera; kitarannya dipenuhi oleh para pejuang bahasa (persatuan-persatuan penulis berdaftar) dan pencinta bahasa (pengkarya kreatif). Hari Jawi wajar dinilai sebagai medan dan peluang untuk membangun potensi minda khalayak pembaca. Ibaratnya, gagasan yang dibuat oleh kerajaan itu adalah hadiah yang ditatang dengan kedua belah tangan dengan menyajikan karya kreatif (puisi, novel dan cerpen) dalam tulisan jawi kepada masyarakat umum. Platform sudah tersedia – Jumaat sebagai Hari Jawi.

                  Tidak dinafikan, ada beberapa pihak telah mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai sayembara berkaitan jawi secara dalam talian ketika negara diselubungi pandemik tak kasat mata Covid-19. Namun begitu, kaedah seperti ini dilihat bersifat sementara dan masih belum cukup mantap bagi memupuk semangat mencintai tulisan jawi. Merancakkan usaha penerbitan karya kreatif bertulisan jawi dirasakan kaedah terbaik dalam menyokong kempen Hari Jawi. Sama ada menerbitkannya dalam bentuk buku fizikal atau eloktronik, terserah kepada kebijaksanaan masing-masing bersesuaian dengan bajet kelompok sasaran.

                  Kempen akan tinggal kempen jika sekadar bermain-main di dalam lopak sendiri. Di hadapan mata terbentang luas seribu macam cara untuk membugarkan kembali tulisan jawi. Pokok pangkalnya antara mahu dengan tidak merebut peluang yang ada. Oleh hal yang demikian. pihak kerajaan, badan-badan berkanun termasuk kelompok yang memakai baju politik (di meja kerajaan atau pembangkang); berikan sokongan dengan membeli buku-buku yang diterbitkan oleh penulis atau persatuan penulis. Sebarkanlah kepada masyarakat umum sambil-sambil membantu kelangsungan industri perbukuan negara.

Sumbangan artikel oleh : Janggut Putih

5 thoughts on “KEMPEN HARI JAWI : Berkubang di Lopak Sendiri

  1. Hi,

    Your website is only listed in 8 out of a possible 12,489 directories.

    We are a service that lists your website in all these directories.

    Please visit us on DirectoryBump.com to find our more.

    Regards,
    Kirsten Demko

  2. It is with sad regret we are shutting down.

    We have made all our leads available for a one time fee on DataList2023.com

    Regards,
    Noble

  3. Hello,

    We noticed celikhuruf.com is only listed in 8 out of 2500 directories.

    This severly impacts your backlinks and search engine rankings.

    Come get listed in all 2500 directories on DirectoryBump.com

  4. Hi,

    celikhuruf.com is only listed in a 8/10,000+ Directories

    We have a black friday deal going on at the moment to get your website listed in all 10k+ for $19.95

    Visit us on DirectoryBump.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email