KARNIAWAN DILANCAR

Ruang ‘marketplace’ baharu sedang dibangunkan di kumpulan Facebook dengan kata kunci KARNIAWAN yang membawa maksud ‘Karyawan – Niagawan’. Kumpulan awam perkongsian tersebut telah menerima masuk hampir 200 keahlian selepas sejam dilancar sempena dengan Hari Terbuka Persidangan AID (Academic International Dialogue – AID Conference) hari ini.

Rozlan Mohamed Noor juga pemilik METSHOPEE.COM

Menurut pengelola Kumpulan Awam Facebook tersebut Saudara Rozlan Mohamed Noor yang juga turut mengisi slot perkongsian ilmu dalam acara ‘Open Day AID’ pagi tadi, Kumpulan Awam Facebook KARNIAWAN dibuka adalah bertujuan menyemarakkan industri buku khususnya menyokong dan mendokong aktiviti penerbitan mandiri (swaterbit) dan juga penerbit-penerbit kecil.

“Kita lihat banyak ruang niaga, ruang perkongsian, ruang wacana dan ruang perbincangan dari kalangan pemain industri lain. Mereka bukan sahaja saling menyokong tetapi sama-sama meneroka ruang baharu untuk kelangsungan perniagaan.”

Beliau juga menekankan bahawa setiap penerbitan buku wajar diuar-uarkan baik dengan matlamat untuk jualan atau menyebar luas kecapaian pembacaan. “Buku bukan untuk diterbitkan dengan sebaran yang sedikit. Apabila menulis dan menerbit, sekali gus penulis (karyanya) telah bersedia untuk diketengahkan dalam masyarakat.”

Tambah beliau, satu saluran di telegram akan turut diwujudkan bagi mereka yang serius dalam upaya menyebarluaskan hasil karya penerbitan. Dalam saluran tersebut perkongsian strategi, teknik dan tektik dalam agenda buku akan disemarakkan. “Kita harap pemain-pemain yang berpengalaman akan sudi bersama berkongsi pengalaman dan buah fikiran.”

Kumpulan Awam Facebook KARNIAWAN boleh dipaut melalui LINK ini.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email