JAWAPAN KEPADA TUHAN : 100 Puisi Beribu Kata-kata dengan Sejuta Makna

Membaca kumpulan puisi Jawapan Kepada Tuhan seperti membaca tentang rasa 100 puisi beribu kata-kata yang menjaring kehidupan seorang wanita dalam padang rindu yang kering dan rawan.

Seperti sajak Rawan Hati yang boleh kita baca rasa hati penulis untuk mengapai kebahagian dalam kehidupannya. Rasa hati diluah dalam bentuk puisi sebagai jawapan beliau kepada Tuhan.

Rawan Hati

Sejuta rawan
Sirna segala senyuman
tersisa hanya tangisan
like semalam ternganga
tambah pedih disimbah
hujan berterusan.

Tidak ketemuan perhentian
bagi melenyap segala kesejukan
longlai impian.
puing-puing harapan
lesu berselerakan.

antara bait puisi rawan hati (halaman 40)

Adakah wanita dilahirkan untuk menulis sejarah luka yang panjang dalam kehidupan mereka yang dipinjamkan sementara ini. Apakah wanita hanya hidupnya sentiasa berperasaan (emosi) semata-mata, hinggakan mereka melarutkan perasan dalam lautan aksara.

Puisi-puisi yang melingkari kehidupan kadang kala merimaskan pembaca. Walaupun setengah pembaca terperangkap dengan perasan penulis. Menjadi simpati sahaja yang bersifat sementara. Membuatkan puisi-puisi sedemikian tak mampu menjadi besar dalam persekitaraan sastera. Puisi atau sajak adalah juadah sastera. Bukan semata-mata menyimpan kata -kata dalam gerobok buku.

Menghasilkan puisi bukan suatu tugasan mudah. Ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapat sesuatu karya yang bernilai. Mampu bertahan walau pun penyair itu sudah tiada lagi melihat puisinya terus hidup.

Jawapan kepada Tuhan, ramai yang akan menganggap ia adalah sebahagian puisi-puisi sufi. Pembaca terperangkap kepada tajuk yang terpampang di dada kumpulan puisi tersebut.

Kumpulan puisi ini keseluruhan puisinya adalah baik bagi seorang akademik untuk menulis genre sastera. Tapi kumpulan puisi ini adalah satu permulaan bagi penulis. Umpama pohon yang baru belajar berbuah tak kesemua buahnya manis dan elok.

Jawapan kepada Tuhan adalah percakapan tentang diri penulis bermonolog sepanjang tahun-tahun terakhir bersama ‘babah’. Puisi-puisi yang ingin dikongsinya bersama-sama pembaca khusus kaum keluarga, para sahabat , seperti mana tercatat pada sari rangsang kumpulan puisi ini.

Penggunan diksi ku, aku,kau,kamu dalam kebanyakan puisi yang ditulis sepanjang tiga tahun ini jelas menampakkan hanya berkisar kehidupan penulisnya.

MAKLUMAT BUKU:

ISBN 9789674607449
JAWAPAN KEPADA TUHAN
RM25 MALAYSIA
RM30 SABAH/SARAWAK
PENERBIT: INSITITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA


Ulasan buku ini dikirim oleh pemilik nama pena Lantera Merah. Ulasan yang tersiar ini layak untuk dinilai bagi memenangi hadiah bulanan ulasan buku terbaik #CELIKHURUF bernilai RM100 sumbangan penaja.

Untuk menghantar ulasan buku, sila e-melkan kepada Ketua Satu AKLI, Sdr. Mamu Mk Hasni di alamat e-mel : hasnibinhassim@gmail.com

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email