Imbauan Seorang Teknokrat

Buku yang ditulis Abu Abd Al – Halim menceritakan pengalaman seorang ‘aku’ dan tulisannya adalah pengalaman hidupnya sendiri.  Watak ‘aku’ adalah Rahman yang telah dipecat oleh majikan syarikat GLCnya setelah 15 tahun mencurahkan bakti dan khidmatnya di syarikat tersebut.

Sudah tentunya Rahman berasa susah hati apabila dirinya dipecat dan dibuang kerja. Disinilah menguji minda pembaca, sekiranya ada berada dalam situasi yang begitu. Rahman yang berusia 47 tahun telah pulang ke rumah ibunya meluahkan perasaan  kecewanya.

Seorang yang polos sanggup menahan pahit dan getir bagi mengekalkan prinsip hidupnya yang tidak mahu bersubahat dengan apa juga kitirisan yang berlaku di syarikat tempatnya bekerja. Rahman lebih rela diberhentikan kerja.

Rahman adalah bekas pelajar Universiti Malaya di dalam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,Universiti Malaya.  Rahman telah menetapkan sasaran hidupnya ketika menjadi seorang pelajar.

Pada tahun pertama, Rahman mahu berjaya di dalam pelajaran. Manakala, dalam tahun kedua, Rahman mahu memberikan perhatiannya kepada sukan yang menjadi kegemarannya iaitu sukan hoki.

Manakala, pada tahun ketiga, Rahman mahu mengulangi matapelajaran yang Rahman pernah gagal pada tahun kedua. Rahman beranggapan, dirinya boleh menjadi semakin matang sekiranya mengulang mata pelajaran tersebut pada tahun ke tiga. Ini telah menjadi rahsia pada diri Rahman.

Penulis mengajak pembaca merancang perjalanan hidup mereka sendiri. Dengan membuat perancangan yang sedemikian, kita dapat membuat langkah-langkah persediaan dalam menghadapi apa juga kemungkinan yang menimpa kepada diri mereka.

Rahman telah lulus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya dan memilih bekerja dengan syarikat swasta dan tidak berminat dengan bekerja kerajaan.  

Rahman mahukan gelaran Jurutera Profesional melalui Lembaga Jurutera Malaysia dalam tempuh yang singkat kerana berkhidmat di syarikat perunding lebih banyak mendedahkannya kepada kerja-kerja rekabentuk janakuasa mekanikal.

Penulis mengajak pembaca tidak boros ketika berbelanja sewaktu bekerja. Ini membolehkan Rahman mengumpulkan wang untuk tujuan masa depan. Rahman telah berkhidmat selama tujuh bulan di syarikat ini.

Rahman telah melanjutkan pelajarannya ke England disamping mengikut isterinya menerima ijazah sarjananya di sana (bidang doktor pergigian).

Setelah mendapat ijazah MBA dari United Kingdom, Rahman dan isterinya telah kembali ke tanah air mencari kerja dan mengumpulkan aset termasuklah membeli rumah dan membeli aset – aset yang lain.

Penulis mengajak pembaca tidak menyalahkan kepada bangsa sendiri kenapa mereka ketinggalan belakang daripada bangsa-bangsa lain,terutamanya syarikat-syarikat yang didominasikan oleh syarikat-syarikat milik keturunan Cina. Kita perlu melihat kesan penjajah yang mengamalkan  sikap dasar pecah dan perintah.

Inggeris suka mengambil orang Cina bekerja di syarikat-syarikat Inggeris yang lebih mahir menguruskan selok-belok perdagangan dan membawa kepada keuntungan syarikat.

Orang Melayu diambil bekerja di dalam Pentadbiran Awam, Jabatan Pentadbiran Inggeris. Tambahan pula, orang-orang Melayu telah menunjukkan kesetiaan kepada tanah airnya sendiri. Orang India pula bekerja di estet-estet ladang getah.

Manakala, orang-orang Cina pula dibenarkan bekerja di syarikat-syarikat Inggeris yang mendatangkan ‘keuntungan’ kepada syarikat-syarikat Inggeris itu.

Melalui dasar tersebut ini penjajah berjaya meminggirkan orang Melayu di desa yang bercucuk tanam. Kaum Cina pula digalakkan untuk menyertai industri  komersial Tanah Melayu dan kaum India yang dibawa datang ke sini untuk bekerja dalam industri perladangan.

Rahman telah ditawarkan menjadi pensyarah bagi mata pelajaran ‘Lukisan Kejuruteraan dan Rekabentuk Mekanik’ di Universiti Malaya.Rahman masih mencari peluang-peluang baharu yang boleh diceburi di luar kampus. Rahman berhasrat menjadi usahawan.

Penulis mengingatkan pembaca dalam melayari kehidupan ini ada dua jenis kesilapan yang biasa kita lakukan secara sengaja atau tidak dan berpunca daripada kesilapan sendiri dan berpunca dari takdir sepertimana yang telah tercatit di loh mahfuz. Rahman mahu kesilapan yang dilakukannya menjadi teladan kepada anak-anaknya.

Rahman mahu anak-anaknya membesar tanpa banyak kekangan, ketegasan atau tekanan darinya. Setiap anak perlu dididik dalam urusan agama yang boleh membangunkan minda dan jasmani mereka.

Cara pendidikan anak-anak yang dilakukan oleh Rahman boleh dimanfaatkan oleh pembaca, khususnya di kalangan ibubapa.

Perjalanan cerita atau plot dilakukan dengan baik oleh penulisnya .Penceritaannya agak jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Penulis mengajak pembaca supaya tidak mudah mengalah dan berputus asa dalam berdepan dengan apa jua masalah yang dihidapi.

Penulis juga meminta pembaca supaya tidak menjadikan isu pembuangan kerja sebagai penamat atau jalan mati kepada kehidupan kita. Langkah Rahman patutnya dicontohi orang lain apabila melalui melalui pengalaman ‘hitam’ dalam hidup supaya meneruskan hidup (move-on),terutamanyaa setelah dipecat oleh majikannya.

Kita juga perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dalam membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan dan tidak mengikut perasaan dan melakukan sesuatu yang merugikan pada diri sendiri.

Setelah menamatkan buku biografi ini, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita perolehi seperti keperluan ‘kemahiran’ dan juga ‘kepakaran’  sebagai aset yang amat berguna dalam ‘menjual’ kemahiran yang ada pada diri kita dengan kehendak pasaran semasa.

Akhirnya, penulis juga menyarankan supaya memberikan didikan agama di kalangan anak-anak mereka sejak peringkat awal lagi bagi memimpin mereka ke jalan benar dan lurus dalam berdepan hidup masakini yang mencabar.

MAKLUMAT BUKU :

Judul: Imbauan Seorang Teknokrat

Pengarang:  Abu Abd Al – Halim

Penerbit:       Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga:            RM 24.00

Tahun:           2019

Pengulas:     Ismail Hashim

_____________________________________

Ulasan buku ini dikirim oleh Ismail Hashim. Ulasan yang tersiar ini layak untuk dinilai bagi memenangi hadiah bulanan ulasan buku terbaik #CELIKHURUF bernilai RM100 sumbangan penaja.

Untuk menghantar ulasan buku, sila e-melkan kepada Ketua Satu AKLI, Sdr. Mamu Mk Hasni di alamat e-mel : hasnibinhassim@gmail.com

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email