Garis Sempadan E Pian

Garis sempadan merupakan kumpulan cerpen hasil tulisan E Pian Pro Poul yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) pada tahun 2018 di Kuala Lumpur. Cetakan pertama buku ini pada tahun 2010. Ia diulang cetak kali kedua pada tahun 2018 iaitu lapan tahun kemudian.

Buku ini memuatkan sebanyak 22 buah cerpen dalam pelbagai tema kemasyarakatan yang kebanyakannya berkait rapat dengan kehidupan sosial,
budaya dan agama masyarakat Siam di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang bersempadan dengan Negara Gajah Putih


Antara cerpen yang termuat dalam kumpulan ‘Garis Sempadan’ ini ialah Ayah, Bayang, Benteng, Bong Penentuan, Cau Nakh, Ceritera Puteri Dua Belas, Dia Tamuku, Diri, Garis Sempadan, Hembusan Angin Kota, Kahwinlah Bang, Khabar, Mak, Masihkah Kau Ingat?, Mek Mek, Minyak Mati Terbunuh, Ond Ukma, Rahu dan Puteri BUlan, Rambutan Gading, Resahnya Tergelincir, Suriyan dan akhir sekali ialah Tuk Raja.

Jumlah halaman Garis Sempadan ini ialah sebanyak 242 muka surat termasuk glosari dan juga biodata penulisnya.

‘Garis Sempadan’ ialah cetusan idea kreatif E Pian Pro Poul iaitu seorang penulis yang dilahirkan di Kampung Padang, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan pada 22 April 1965. Beliau merupakan seorang penulis yang berdarah Siam yang banyak menyumbang kepada penulisan kreatif negara.


Keunikan ‘Garis Sempadan’ ini ialah gaya penulisannya. Ia ditulis berorientasikan budaya dan latar belakang kehidupan Masyarakat Siam yang banyak terdapat di Negeri Kelantan. Ia turut menceritakan bagaimana masyarakat ini berasimilasi dengan budaya masyarakat Melayu yang
merupakan kaum dominan di Negeri Serambi Mekah itu.

Malah banyak kosa kata dielek turut Kelantan digunakan dalam setiap penulisan cerpen ini seperti moleklah, rentap, senjah, terkesot-kesot,bah,
kehek dan banyak lagi.

Di samping itu juga, penulisan cerpen ini turut menggunakan nama-nama
watak yang sangat sinonim dengan masyarakat Siam seperti Chai Nui, Tuk Chai Dam, Tuk Mek Mong, Suchart, Thit Keo dan Phut.

Untuk orang yang berada di luar Negeri Kelantan mungkin mengalami kesukaran untuk memahami asimilasi budaya antara masyarakat Siam dan Melayu Kelantan. Melalui penulisan hebat yang digarap sendiri oleh anak jati Siam di Kelantan ini akan membantu masyarakat luar Negeri Kelantan secara umumnya untuk memahami kehidupan latar belakang sosial budaya masyarakat Siam di Kelantan.

___

Ulasan buku ini dikirim oleh Nini Mazlina Halamin dari Triang, Pahang. Ulasan yang tersiar ini layak untuk dinilai bagi memenangi hadiah bulanan ulasan buku terbaik #CELIKHURUF bernilai RM100 sumbangan penaja.

Untuk menghantar ulasan buku, sila e-melkan kepada Ketua Satu AKLI, Sdr. Mamu Mk Hasni di alamat e-mel : hasnibinhassim@gmail.com

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email