Ekspresi Suara Merdeka Guru

Seramai 81 penyair daripada kalangan guru seluruh negeri Perak telah berkolaboratif dalam mengekspresikan rasa cinta mereka kepada tanah air melalui sebuah kumpulan puisi yang diterbitkan.

Hari ini, buku ‘Gemeresik Suara Merdeka : Antologi Puisi Merdeka Guru Seluruh Perak’ telah rasminya dilancarkan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Encik Mohamad Akhir Abdul Latiff secara dalam talian.

Penerbitan buku ini adalah inisiatif berimpak daripada Unit Sumber Teknologi & Pendidikan, PPD Daerah Manjung. Projek khas ini turut didokong oleh komuniti sastera setempat iaitu Anjung Karyawan Lekir (AKLI).

Buku yang dikelolakan penerbitannya oleh Metromedia Soltuions ini digerakkan oleh dua penyelenggara iaitu Cik Khairun Nisa Kamaruddin dan Puan Junainah Abd Jalel.

Buku ini boleh didapatkan di laman kedai buku online METROMEDIA dengan tawaran istimewa.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email