DidikTV KPM Muncul, NTV7 Tinggal Kenangan

Pernah tengok Doraemon dan Sin Chan di NTV7?

Ya, lama dahulu. Kemudian kartun kegemaran ramai ini ‘ditendang’ keluar dan program jualan mengambil tempat. Terpaksalah kita melihat pasar raya dan pengacara menjual barang di NTV7. Apa nak buat, stesen TV juga perlu modal untuk terus hidup pada zaman penuh ranjau ini.

Selama 23 tahun beroperasi, kini NTV7 berundur diri untuk memberikan laluan kepada DidikTV KPM. Satu lagi inisiatif kerajaan bagi memberikan ilmu dan pelajaran kepada pelajar secara meluas akibat pandemik COVID-19 yang melanda.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia, DidikTV KPM akan bersiaran mulai 17 Februari 2012 bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.  DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM. Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan.

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.

Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi.

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email