Sekarang, sesiapa sahaja boleh terbitkan buku. Sesiapa sahaja boleh tulis buku dan mengaku, “Saya penulis!” Tapi tak ramai yang ambil tahu tentang gerak kerja dan proses penerbitan sesebuah buku.
Ikuti penerangan ringkas Ketua Editor Must Read dan Perunding Penerbitan Studio Buku, Puan Mazniza Mohd Nor berkenaan hal cetakan buku ini.
***
Hari ini saya nak cerita tentang cetakan buku.
Apabila nak cetak buku untuk swaterbit, pastikan penulis faham perbezaan antara cetakan digital dan cetakan offset.
Cetakan digital biasanya untuk kuantiti 300 naskhah ke bawah. Kualiti cetakan adalah sama seperti kita cetak menggunakan mesin cetakan di pejabat atau di rumah.
Proses cetakan digital sangat mudah, hanya cetak terus dari komputer ke pencetak. Jadi, tak ada banyak mesin diperlukan dan proses cetakan biasanya lebih cepat. Bergantung juga pada bilangan halaman dan kuantiti, masa cetakan adalah dari 3 – 7 hari.
Berbeza dengan cetakan secara offset. Biasanya ia untuk mencetak kuantiti yang banyak, bermula 300 naskhah ke atas. Proses cetakan offset ini lebih lama kerana ada proses menghasilkan plate sebelum dicetak.
Setiap fail yang diterima, akan disaring oleh pihak produksi pencetak. Mereka akan pastikan susunan halaman betul, ada penanda (bleed & crop mark) untuk potongan. Selepas itu, mereka akan print dummy atau kami editor panggil CTP (computer to plate) pruf. Ini bagi memastikan tiada kesilapan teks atau ada pembetulan kecil yang perlu dibuat sebelum plate mula dibuat.
Selepas kami approve dummy, pihak pencetak akan menghasilkan plate dan proses ini akan ambil masa sehari atau dua hari. Selepas itu baru proses cetakan akan dilakukan.
Cetakan secara offset ini akan mengambil masa 10 – 14 hari bergantung kepada jumlah naskhah dan juga jumlah halaman. Jadi, sebelum mula mencetak buku, pastikan jadual penerbitan kita dimasukkan sekali anggaran masa cetakan.
Saya lampirkan gambar-gambar dan penerangan ada di setiap gambar. Kalau tengok, panjang prosesnya ‘kan? Sebab itulah ada buku yang lambat siap print dan disebabkan itulah saya selalu tekankan pada penulis, kalau nak buku siap print bulan Disember, bulan November dah siap fail untuk dicetak.
Kita tak akan tahu apa kekangan atau proses yang berlaku sepanjang cetakan. Lagi-lagi bila bulan tu banyak sangat cuti umum. Pencetak pun nak cuti juga.
Ok, dapat sesuatu?
Tidak ada yang dipilih atau galeri galeri itu dihapuskan.
Puan Mazniza boleh dijejaki di laman FB – https://www.facebook.com/nizanor
Sumber gambar: google images