AKLI Tawarkan Hadiah Bulanan

ANJUNG KARYAWAN LEKIR atau senonim dikenal sebagai AKLI sebuah komuniti seni dan sastera khususnya penggemar puisi tanah air sekali lagi memganjurkan Sayembara Puisi Bulanan bermula Januari tahun depan.

Menurut Ketua Satu AKLI, Mamu MK Hasni, kelangsungan sayembara ini adalah daripada edisi pertama yang pernah dianjurkan pada tahun 2018 yang lalu. Katanya lagi, selepas kejayaan edisi yang pertama, AKLI mengambil sedikit masa untuk meneruskan edisi kedua. Tetapi, beliau percaya bahawa edisi ini akan terus berlangsungan dengan lebih mantap dan berbisa pada tahun-tahun yang akan datang.

MAMU MK HASNI, Ketua 1 AKLI

“Mungkin ini sumbangan kecil kami kepada khalayak sastera tanah air. Sebagai sebuah komuniti kecil dan bercita-cita besar, kami tidak mahu ketinggalan dalam memahat sejarah perkembangan sastera tanah air.”

AKLI yang berpengkalan di Lekir, Perak sudah hampir empat tahun ditubuhkan secara tidak rasmi. Sehingga hari ini banyak program yang telah dianjurkan oleh AKLI yang turut memberikan impak kepada ranah sastera tanah air.

Menurut Mamu lagi, pihak AKLI sedang merangka beberapa program lebih besar dan berimpak pada tahun akan datang. Antara program yang pernah dianjurkan selain sayembara bulanan ialah Bengkel Penerbitan Kasi Jadi yang dianjurkan pada tahun 2019. Juga satu perhimpunan komuniti AKLI diadakan pada 2019 juga di Kimi Chalet, Manjung, Perak.

Untuk sayembara puisi bulanan edisi kedua ini, dimaklumkan bahawa nilai hadiah dipertingkatkan. Malah, AKLI turut mengesahkan bahawa anjuran kali ini turut mendapat sokongan dan dokongan daripada pihak NUHA Creative Resources sebagai penaja hadiah.

Sayembara Penulisan Puisi Bulanan AKLI dianjurkan oleh AKLI dengan kerjasama Metromedia Solutions sebagai rakan penerbit, manakala pada tahun ini portal ‘Dalam Berita Ada Cerita’ #CELIKHURUF turut menjadi rakan media rasmi.

Untuk menyertai sayembara yang bakal bermula pada Januari 2022, peserta hendaklah terlebih dahulu mengikuti laman Facebook ANJUNG KARYAWAN LEKIR. Setiap karya yang disiar atau dikongsikan di laman tersebut akan secara automatik dinilai untuk memenangi hadiah bulanan.

Pihak penerbit Metromedia Solutions juga akan turut bersedia menerbitakan buku pemenang pada akhir tahun penganjuran.

“Jangan lepaskan peluang ini, marilah berkarya sambil saling meraikan puisi,” gesa Ketua Satu AKLI.

Sebarang makluman lanjut berkenaan program ini boleh menghubungi Ketua 1 AKLI,

(01121597895)
hasnibinhassim@gmail.com

DAPATKAN BUKU PERTAMA ANTOLOGI PEMENANG AKLI-METROMEDIA di SINI

error

Adakah laman web ini menarik? Kongsikan dengan rakan anda.

RSS
Follow by Email